Waktu Piawai Filipina
Waktu Piawai Filipina

Waktu Piawai Filipina

Waktu Piawai Filipina (Bahasa Filipino: Pamantayang Oras ng Pilipinas, Bahasa Inggeris: Philippine Standard Time, singkatan PST,[1] atau PhST[2]) ialah zon waktu yang digunakan di Filipina. Waktu Piawai Filipina moden ditetapkan di Batas Pambansa Blg. 8, aturan yang menetapkan sistem metrik, yang dipersetujui pada tanggal 2 Disember 1978 dan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 1983.Secara geografinya, Filipina terbentang 116° 40' dan 126° 34' Bujur Timur, sehingga secara fizikalnya terletak pada zon waktu UTC+8. Waktu Piawai Filipina di bawah kelolaan Pentadbiran Perkhidmatan Astronomi, Geofizik dan Atmosfera Filpina, atau PAGASA.